Tuan / Puan,
JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN PENSIJILAN, PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PRODUK KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI JOHOR
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ingin menjemput wakil daripada pihak berkuasa tempatan untuk menghadiri seminar yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 5 Ogos 2024 (Isnin)
Masa : 9:00 am – 1:00 pm
Lokasi : SIRIM Johor
No.3, Jalan Teknologi 5, Taman Teknologi Johor,
81400 Senai, Johor Darul Takzim
Agenda : Seperti di Lampiran
3. Objektif seminar ini dijalankan adalah seperti berikut:
- Memahami Keperluan dan Manfaat Pengurusan Sistem ISO 9001, ISO 37001 & ISO/IEC 27001 (ISMS) dalam Konteks Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Johor.
- Memberi Panduan Mengenai Langkah-langkah Praktikal untuk Memulakan, Menyelenggara, dan Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Sistem ISO 9001, ISO 37001 & ISMS serta Proses Pensijilan dan Pengujian yang Berkesan.
- Memperkenalkan Knowledge Interaction & Sharing Solution (KISS) kepada PBT.
4. Oleh yang demikian, pihak SIRIM QAS ingin menjemput pihak Tuan/Puan untuk menghantar wakil daripada bahagian Kualiti, Bahagian Integriti, Bahagian Kejuruteraan atau bahagian yang terlibat untuk menghadiri seminar ini. Seminar ini adalah PERCUMA. Tuan/Puan diminta untuk mengesahkan kehadiran dengan mendaftar di link yang diberikan dan mengimbas kod QR selewat-lewatnya pada 2 Ogos 2024.
5. Sekiranya pihak Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan seminar ini, sila hubungi Pn. Khairunnisa (019-5502789/ khairunnisa@sirim.my) untuk penjelasan lanjut.
6. Kerjasama dan kehadiran Tuan/Puan amat kami hargai. Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan, seminar ini akan mencapai objektif yang diharapkan.
Sekian, terima kasih.