MSTAR – SIRIM QAS bantu ringankan beban…Ibu tunggal ceria dapat duit raya, ‘shopping’ barang keperluan Aidilfitri

RAMADAN bukan sekadar bulan untuk beribadat, tetapi juga menjadi waktu terbaik untuk berkongsi rezeki dan membantu mereka yang memerlukan.

Prihatin dengan nasib dan cabaran yang perlu dihadapi golongan ibu tunggal, SIRIM QAS International tidak melepaskan peluang melakukan kebaikan pada bulan mulia ini apabila tampil menghulurkan bantuan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kongsi Qaseh Ramadan.

Menerusi program ini, sokongan serta bantuan diberikan kepada kumpulan ibu tunggal dari Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal (WITUS) agar Syawal kali ini dapat disambut dengan lebih bermakna.

Kongsi Qaseh Ramadan menyaksikan seramai 10 ibu tunggal dari Kuala Lumpur yang mewakili WITUS terpilih untuk menerima bantuan khas bernilai RM500 pada Jumaat.

Full article here

Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp
Print

Downloads