PUCHONG – Helah pengilang tayar celup pneumatik yang menggunakan penandaan standard SIRIM Berhad (SIRIM) secara haram terbongkar dalam serbuan bersepadu di beberapa daerah sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada Khamis.
Serbuan bermula jam 9 pagi dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Rawang, Puchong, Semenyih serta Lukut.
Operasi itu bertindak merampas 262 unit tayar celup pneumatik yang menggunakan label SIRIM serta dokumen berkaitan perniagaan dengan nilai rampasan mencecah RM80,410.